Selasa, 2 Oktober 2018

Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

PENGENALAN

Mutakhir ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam kehidupan masyarakat semakin meluas. keperluan penggunaan TMK dalam menongkah arus modenisasi semakin meningkat dan mendapat perhatian  selaras dengan pendidikan abad ke-21.TMK perlulah dimanfaatkan seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2015 yang mengkehendaki supaya semua insitusi menyahut anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

                                                 Image result for sistem pengurusan pembelajaran (lms)
Rajah 1 menunjukkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang digunakan di dalam medium pembelajaran zaman kini.

Sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran melalui penggunaan internet. Menurut  Ellis(2009) LMS adalah sebuah aplikasi perisian untuk dokumentasi, pengesahan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan atau program latihan. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan/ latihan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem pengurusan aplikasi ini membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara atas talian, yang mana membolehkan pelajar melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih.(Adobe,2009; Nasser, Cherif, & Romanowski, 2011; Srichanyanchon, 2014)

 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Antara ciri utama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masa dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan pengunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya menggunakan emel.

Sistem pengurusan Pengajaran (LMS) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, LMS merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. LMS digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.

Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian LMS perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam LMS ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian

 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

                                    Image result for sistem pengurusan pembelajaran (lms)
                            Rajah 2 menunjukkan kegunaan LMS dalam pembelajaran internet.

Sistem ini digunakan bagi mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet seperti e-pembelajaran untuk semua subjek dan program latihan yang ditawarkan sepanjang pengajian. Pelbagai sistem pengurusan pembelajaran dibangunkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta sebagai medium pembelajaran dan pengajaran interaktif secara atas talian dan medium komunikasi antara pensyarah dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar tanpa perlu bersemuka antara satu sama lain. Antaranya adalah moodle, ifolio, claroline, MyGuru2, learning care, iLearn system, learning cube, plutralLMS, dan myLMS. (Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010) yang mengintegrasikan pelbagai padagogi dan alat pentadbiran khusus(Coates et al., 2005)

Sistem Pengurusan Pembelajaran juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran, Ia juga digunakan untuk pendaftaran iaitu pendaftaran subjek dalam sesuatu program dan pengguguran subjek. Sistem ini juga digunakan untuk membantu menyampaikan ilmu pengetahuan melalui internet.

 KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sistem Pengurusan Pembelajaran dapat membantu meningkatkan pembelajaran melalui aktiviti on-line. Selain itu, ia juga meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Sistem ini juga menggalakkan pembelajaran kendiri, membantu pihak pengurusan memantau pembelajaran jarak jauh dan menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.

APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


  • MOODLE


                                Image result for sistem pengurusan pembelajaran (lms)
Rajah 3 menunjukkan  Moodle yang merupakan salah satu aplikasi pembelajaran e-learning.

Moodle ialah singkatan daripada Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) yang merupakan salah satu medium pembelajaran dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran.
Moodle juga merupakan salah satu aplikasi dari konsep dan mekanisme belajar mengajar yang memanfaatkan teknologi informasi, yang dikenal dengan konsep pembelajaran elektronik atau e-learning yang dapat digunakan secara bebas sebagai produk sumber terbuka (open source) di bawah GNU. Aplikasi ini boleh dimuat turun di komputer dan apa sahaja gadjet yang boleh menjalankan PHP dan menyokong database SQL. Antara kelebihan Moodle adalah :-


1. Sistem jaringan dan keselamatannya dapat ditetapkan sendiri
2. Ruang akses yang dapat digunakan sesuai dengan jaringan yang dibuat
3. Sistem pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan keperluan
4. Kemudahan yang lengkap untuk sebuah proses pembelajaran jarak jauh.

  • EDMODO




Rajah 4 menunjukkan aplikasi Edmodo yang digunakan dalam pemebelajaran LMS.


Edmodo diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Nic Borg dan Jeff O’Hara. Edmodo ini merupakan salah satu jaringan sosial atau media sosial yang diperuntukkan kepada guru dan siswa. Edmodo juga adalah program e-learning yang dibuat untuk pengajar dan murid dengan menerapkan sistem belajar yang lebih menyenangkan.

Edmodo mempunyai pelbagai kebaikan dalam sistem pembelajaran. Antaranya :- 

  • Metode pembelajaran yang mudah 
  • Pembelajaran dapat dilakukan tanpa mengira masa dan kos 
  • Memudahkan komunikasi antara guru dan pelajar 
  • Sebagai media untuk memberikan soal ujian, tugas, dan kuiz kepada pelajar

PENUTUP

Tuntasnya, Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS) merujuk kepada perisian yang bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. LMS pada asalnya direka untuk suasana pembelajaran di tempat kerja dan khusus digunakan untuk mengurus semua program latihan sesuatu organisasi termasuk pembelajaran tradisional di dalam kelas. Oleh itu, pelajar adalah dinasihatkan supaya bersikap lebih terbuka dan dapat menerima LMS sebagai sebahagian daripada alat dalam pembelajaran kelak.





RUJUKAN

Adobe. (2009). Adobe Solutions for Learning Management Systems ( LMS). Retrieved from https://www.adobe.com/content/dam /Adobe/en/education/pdfs/lms-primer-102909.pdf
Kementerian Pendidikan. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Mohamed Amin Embi, & Mohd Najib Adun. (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. In Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia & Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selangor.
Nasser, R. C. (2011). Factors that impact student usage of the learning management system in qatari schools. International Review of Research in Open and Distance Learning, 39-62.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan . (2015). Kemahiran Belajar. Cheras: Percetakan Rina Sdn. Bhd.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan